HARI ini Mat Kecoh berkesempatan untuk mengemaskini blog Mat Kecoh ini, jadi Mat Kecoh putuskan untuk berkongsi dengan anda semua sebuah video yang menyeramkan yang juga boleh membuat bulu roma anda meremang. Video yang Mat Kecoh maksudkan ialah video penampakkan entiti paranormal atau dalam bahasa mudahnya yakni Hantu. Khabarnya hantu tersebut berjaya dirakamkan di sebuah kedai serbaneka yang terkenal di Paka, Terengganu iaitu 7 Eleven Paka Terengganu. Terlebih dahulu Mat Kecoh ingin ingatkan di sini kepada ibu mengandung, pesakit jantung, kanak-kanak dan penakut adalah dilarang sama sekali untuk menonton video ini. Mat Kecoh tidak akan bertangungjawab sekiranya apa-apa berlaku ke atas anda sewaktu atau selepas anda menonton video ini. Video ini Mat Kecoh kongsikan hanya untuk tatapan umum sahaja tiada maksud lain di sebalik perkongsian video ini. Mat Kecoh juga tidak mengalakkan anda melakukan perbuatan-perbuatan yang berunsurkan khurafat yang boleh membawa kepada syirik.
0 Comments
SALAM 1Malaysia khas buat semua pembaca dan pengikut setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini, hari ini sempurna masih di bulan Hari Raya Aidilfitri yakni bulan Syawal, Mat Kecoh rasa mungkin masa yang terbaik untuk Mat Kecoh berkongsi satu resipi yang agak sinonim dengan Aidilfitri, resipi tersebut ialah Resepi Biskut Almond London. Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
LAMA juga Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, ekoran daripada Mat Kecoh terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian Mat Kecoh sehinggakan tiada masa untuk Mat Kecoh mendampingi blog ini, namun setelah sekian lama akhirnya Mat Kecoh mempunyai masa terluang jadi Mat Kecoh pun tidak mensia-siakan masa terluang ini untuk mengemaskini blog ini. Sepanjang peninggalan Mat Kecoh bermacam-macam isu hangat telah menghangatkan tanah air kita yakni Malaysia. Paling baru sekali ialah Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka baru-baru ini. Sebelum Mat Kecoh mengulas lebih lanjut mengenai Perhimpunan Bersih 3.0 terlebih dahulu ingin ditegaskan di sini bahawa Mat Kecoh seorang yang berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak, bagi Mat Kecoh adalah lebih baik ianya diulas menggunakan pandangan Mat Kecoh sendiri dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. GERAM betul Mat Kecoh sejak akhir-akhir ini betapa sukarnya mendapat bekalan minyak masak. Bukan Mat Kecoh sahaja yang geram dengan keadaan ini, Mat Kecoh percaya ramai yang berada di luar sana geram dengan situasi terbaru ini.
Minyak Masak Mat Kecoh rasa boleh dikategorikan sebagai barang keperluan harian, pelik juga Mat Kecoh kenapa sejak akhir-akhir ini bekalan minyak masak sukar untuk didapati. Kalau ikut pengalaman Mat Kecoh yang lepas-lepas sekiranya kita sukar mendapat bekalan minyak masak itu tandanya harga barang keperluan itu akan naik harga. Mat Kecoh pun kadang-kadang tertanya-tanya juga kenapa sebelum kenaikkan harga, barangan keperluan itu sukar dicari tetapi selepas naik harga mudah pula nak cari. Adakah ini berlaku kerana ianya salah satu strategi syarikat pembekal untuk menaikkan harga? Entahlah kena tanya kat pembekal itu sendiri. MAT KECOH rasa hari ni merupakan hari terbaik buat Mat Kecoh nak berkongsi informasi khas untuk semua pembaca setia Mat Kecoh. Semua orang sekarang ni tengah kecoh camna nak semak Keputusan Bagi Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Kepada yang belum tahu lagi camne cara nak semak keputusan permohonan bantuan tersebut Mat Kecoh ingin kongsikan beberapa informasi mengenainya sepertimana di bawah ini. CARA UNTUK MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M: Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no di bawah ini bermula 16 januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.talian hotline ini akan beroperasi setiap hari berkerja sehingga tamat tempoh selama 2 bulan seperti yang dirancangkan.talian hotline:1-800-222-500/1-300-88-3010 MAT KECOH: Apa lagi jangan kecoh-kecoh lagi...semak kalau tak dapat buat rayuan kalau dapat tunggulah surat datang. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|